Wednesday, 29 September 2021

RESEPI TELUR SOTONG MASAK KUNYIT

Sebut pasal sotong, kita tahu ia antara makanan kegemaran dalam keluarga Seafood dan sangat popular dalam penyediaan makanan harian samaada di Malaysia atau pun seluruh dunia. Walaubagaimanapun di dalam badan sotong ada satu lagi bahagian darinya yang merupakan antara yang boleh diasingkan dan dijadikan makanan yang sangat lazat iaitu telur Sotong. Telur sotong amat popular bagi penggemar makanan ini dan boleh dimasak dalam pelbagai resepi secara tradisional ataupun moden.

BAHAN BAHAN

  • Telur Sotong
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Bawang besar - hiris
  • Cili merah – hiris

 

PROSES  PENYEDIAAN

  1. Bersihkan telur sotong. Toskan kering.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan emsin sehingga naik minyak.
  3. masukkan santan, kerisek, daun limau dan daun kunyit.
  4. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering.
  5. Masukkan telur sotong. Rasakan garam dan masukkan sedikit gula.
  6. Masakkan sekejap dan biarkan sampai naik minyak . Jangan terlalu lama nanti telur sotong hancur
  7. Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment