Monday, 27 September 2021

RESEPI SOTONG SUMBAT UDANG

Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan. Ini merupakan resepi asal sotong sumbat yang biasa kita dengar.

Pada masa kini sotong sumbat telah dibuat pelbagai variasi mengikut citarasa seperti sotong sumbat kentang, sotong sumbat udang, sotong sumbat telur dan pelbagai lagi menu sotong sumbat lain mengikut citarasa masing- masing.Disini saya kongsikan pelbagai resepi sotong sumbat untuk anda. 

BAHAN BAHAN

  • Sotong saiz besar
  • Isi udang
  • Telor

 BAHAN SOS:

  • Cili kecik
  • Gula
  • Garam
  • Cuka makanan
  • Bawang putih
  • Bawang merah

 BAHAN KISAR UTK INTI:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia

 

CARA BUAT INTI:

Hancurkan isi udang
Gaul dgn telor dan bahan kisar

 

CARA SUMBAT :

Sumbat inti tadi dlm sotong. Ambil lidi atau apa shj yg blh cucuk utk tutup sotong dan kepala dia bersatu.

 

CARA MASAK SOTONG:

Bakar sotong sumbat tadi, kemudian bila sudah masak potong sedikit tp jgn bg terpisah.

 

CARA BUAT SOS:

Kisar semua bahan sos tadi, goreng seketika atas kuali dan biarkan gula hancur. Siap!

 

CARA HIDANGAN:

Curah sos cili hidup manis tadi. Siap utk dimakan.


No comments:

Post a Comment