Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan. Ini merupakan resepi asal sotong sumbat yang biasa kita dengar.
Pada masa kini sotong sumbat telah dibuat pelbagai variasi mengikut citarasa seperti sotong sumbat kentang, sotong sumbat udang, sotong sumbat telur dan pelbagai lagi menu sotong sumbat lain mengikut citarasa masing- masing.Disini saya kongsikan pelbagai resepi sotong sumbat untuk anda.
BAHAN BAHAN
- 5 ekor sotong-buang kulit
- 1 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah *semua bawang di mayang
- 5 sudu besar sos tomato
- 5 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar cili boh/cili kering kisar
- 1 sudu besar minyak masak
- 1 sudu teh gula /secukup rasa
BAHAN SUMBAT
- 200 gm udang/4 ekor udang-potong kecil
- 2 biji telur *
- 2 biji bawang merah
- 1 biji cili hijau
- 1 biji cili merah
- 1 pokok daun bawang
- 1 pokok daun sup *di hiris halus
- 1 sudu besar minyak masak sayur campur frozen garam secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN:
- Panaskan minyak dan tumis bahan di hiris halus dan udang.Kacau rata.
- Masukkan telur dan biarkan separuh masak,kacau dan hancurkan.
- Masukkan garam,daun sup dan bawang serta sayur campur dan kacau hingga masak.
- Tutup api dan ketepikan.
- Ambil sotong dan masukkan bahan sumbat ke dalam badan sotong dan tutup dengan kepala sotong.
- Sematkan dengan lidi.
CARA MEMBUAT KUAH
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar,bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan tumis sampai cili masak.
- Masukkan sos tomato,sos cili dan gula.Kacau rata.tambah sedikit air jika perlu.
- Masukkan sotong sumbat dan masak hingga mendidih.
- Bila sotong telah masak,angkat dan bolehlah di hidangkan.
No comments:
Post a Comment