Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan. Ini merupakan resepi asal sotong sumbat yang biasa kita dengar.
Pada masa kini sotong sumbat telah dibuat pelbagai variasi mengikut citarasa seperti sotong sumbat kentang, sotong sumbat udang, sotong sumbat telur dan pelbagai lagi menu sotong sumbat lain mengikut citarasa masing- masing.Disini saya kongsikan pelbagai resepi sotong sumbat untuk anda.
BAHAN BAHAN
- 1/2 kilo sotong sederhana besar dibersihkan dan gaulkan sedikit garam dan kunyit.
- 3 biji kentang di rebus dan di lecek
- sedikit bawang goreng
- 1/2 biji bawang besar dadu
- mix vegetable frozen secukupnya
- garam gula secukup rasa
- sedikit minyak utk menumis
PROSES PENYEDIAAN:
- Tumiskan bawang besar sehingga wangi dan garing masukkan mix vege tadi.
- Masaklah sehingga lembut sayuran nya.
- Tambahkan dengan garam dan sedikit gula, tutup api.
- Bahan tumis tadi di gaulkan dengan kentang lenyek dan sedikit bawang goreng.
- Gaul rata, bila dah cukup rasa sumbatlah dalam sotong biar penuh.
- Cantumkan kepala sotong tadi dengan lidi.
- Panaskan pemanggang ajaib dan panggang lah sehingga masak.
- Sedia untuk di hidangkan bersama nasi atau di ratah begitu saja.
No comments:
Post a Comment