Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan. Ini merupakan resepi asal sotong sumbat yang biasa kita dengar.
Pada masa kini sotong sumbat telah dibuat pelbagai variasi mengikut citarasa seperti sotong sumbat kentang, sotong sumbat udang, sotong sumbat telur dan pelbagai lagi menu sotong sumbat lain mengikut citarasa masing- masing.Disini saya kongsikan pelbagai resepi sotong sumbat untuk anda.
BAHAN BAHAN
- 4 biji telur masin (direbus).
- 1 tangkai daun bawang (hiris halus).
- 1 tangkai daun sup (hiris halus).
- 1/2 biji bawang besar (potong dadu saiz kecil).
- 10 ekor sotong (saiz sedang - dibersihkan).
- 2 cawan tepung goreng serbaguna + 1/2 cawan air.
- 2 cawan tepung goreng serbaguna kering.
- 20 lidi / pencungkil gigi.
- 250 ml - minyak (utk menggoreng).
PROSES PENYEDIAAN:
- Rebus telur masin hingga masak. Kupas telur dan masukkan ke dalam mangkuk..
- Satukan telur dengan daun bawang, daun sup dan bawang besar. Lenyekkan telur dan gaul sekata..
- Ambil sotong dan sumbatkan telur masin ke dalam perutnya. Tutup lubang dengan kepalanya dan cucuk dengan lidi untuk elakkan isi dalam perutnya terburai masa menggoreng..
- Panaskan minyak. Bancuh tepung goreng serbaguna dengan air. Andai terlalu pekat boleh tambah sedikit air lagi..
- Celupkan sotong yang disumbat ke dalam bancuhan tepung. Golekkan atas tepung goreng serbaguna yang kering. Goreng dan terbalikkan hingga masak. Siap!. Boleh dipotong dan hidangkan dengan sebarang sos yang disukai..
No comments:
Post a Comment