Monday, 27 September 2021

RESEPI SOTONG SUMBAT TELUR BELANGKAS

Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan. Ini merupakan resepi asal sotong sumbat yang biasa kita dengar.

Pada masa kini sotong sumbat telah dibuat pelbagai variasi mengikut citarasa seperti sotong sumbat kentang, sotong sumbat udang, sotong sumbat telur dan pelbagai lagi menu sotong sumbat lain mengikut citarasa masing- masing.Disini saya kongsikan pelbagai resepi sotong sumbat untuk anda.  

BAHAN BAHAN 

  • 500 gm sotong - dibersihkan & dicelur sebentar.
  • 300 gram telur Belangkas- diperisakan dengan sedikit garam & lada sulah & dipukul sebati.
  • 1/4 batang lobak merah - dikiub kecil
  • 1 pokok daun bawang - dipotong kecil

 

CARA CARA

  1. 500 gm sotong - dibersihkan & dicelur sebentar.
  2. Telur Belangkas - diperisakan dengan sedikit garam & lada sulah & dipukul sebati.
  3. 1/4 batang lobak merah - dikiub kecil
  4. 1 pokok daun bawang - dipotong kecil

 

BAHAN SOS

  • 1 ulas bawang putih - diracik halus
  • 1 cm halia - diracik halus
  • 3 sb sos cili
  • 3 sb sos cili thai
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb sos ikan
  • Cili merah & hijau- dikiub kecil
  • 1/4 cawan air

 

PROSES PENYEDIAAN:

  1. Tumis bawang putih & halia hingga perang.
  2. Masukkan sos cili & sos cili thai, kacau sebati.
  3. Masukkan sos tiram & sos ikan, kacau lagi.
  4. Tuang sedikit air untuk mencairkan sos tadi.
  5. Masukkan sotong & kacau selalu hingga sotong masak.
  6. Akhir sekali masukkan cili merah & hijau & tutup api.
  7. Lebihan telur hancur tadi sekiranya masih ada, boleh dimasukkan sekali ke dalam sos


No comments:

Post a Comment