Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan. Ini merupakan resepi asal sotong sumbat yang biasa kita dengar.
Pada masa kini sotong sumbat telah dibuat pelbagai variasi mengikut citarasa seperti sotong sumbat kentang, sotong sumbat udang, sotong sumbat telur dan pelbagai lagi menu sotong sumbat lain mengikut citarasa masing- masing.Disini saya kongsikan pelbagai resepi sotong sumbat untuk anda.
BAHAN BAHAN INTI SUMBAT
- 3-4 biji telur ayam
- Carrot - dicincang
- Isi ayam/udang - dicincang
- Capsicum
- Secubit garam
- Sedikit lada sulah
- Minyak untuk menggoreng
CARA-CARA :
- Campur semua bahan dan goreng hancur ala2 scramble egg
- Sambal Sotong :
- 6-10 ekor sotong (ikut saiz)
- 4 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih (ditumbuk / dihiris)
- 3 sudu besar cili kisar
- 1 sudu rempah kari
- 1 biji bawang holland
- 2 sudu sos cili
- Minyak untuk menumis
- Pencongkel gigi/lidi
- Sedikit air asam jawa
- Garam & gula secukupnya
PROSES PENYEDIAAN
- Sumbat sotong dengan telur yg dan dimasak hancur. Tutup semula dengan kepala sotong dan cucuk dengan pencongkel gigi
- Tumis bawang hingga naik bau
- Masukan cili kisar dan biar hingga pecah minyak
- Masukan serbuk kari dan sos cili
- Boleh masukkan sotong yang telah sumbat dan biar sampai mendidih
- Masuk gula, garam dan air asam jawa sesedap rasa
- Masukan bawang holland yang telah dipotong bulat.siap
No comments:
Post a Comment