Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan. Ini merupakan resepi asal sotong sumbat yang biasa kita dengar.
Pada masa kini sotong sumbat telah dibuat pelbagai variasi mengikut citarasa seperti sotong sumbat kentang, sotong sumbat udang, sotong sumbat telur dan pelbagai lagi menu sotong sumbat lain mengikut citarasa masing- masing.Disini saya kongsikan pelbagai resepi sotong sumbat untuk anda.
BAHAN BAHAN
- 500 gram sotong saiz sederhana yang segar
- ½ kilo santan pekat
- 3 ketul gula melaka
- Sudu kecil
- Pencungkil gigi
- 1 cawan beras pulut
- 10 helai daun pandan
- Garam dan gula
PROSES PENYEDIAAN
- Bersihkan sotong, buangkan hitam dan kulitnya, toskan.
- Basuh beras pulut dan rendam seketika dengan sedikit santan dan garam.
- Ambil sotong, gunakan sudu kecil,masukkan beras pulut tadi sehingga separuh badannya.(jangan isi penuh nanti isi pulut yang terhasil keras dan mentah).
- Ambil kepala sotong dan masukkan ke dalam badannya yang berisi beras pulut tadi.
- Cucukkan pencungkil gigi depan dan belakang kepala.
- Di dalam periuk,lapik bahagian dasarnya dengan daun pandan sehingga melitupi kesemuanya.
- Susun sotong biar memenuhi ruang dasar dan tindan perlahan di atasnya.
- Masukkan santan pekat tadi bersama sedikit garam dan gula melaka.
- Hidupkan api yang paling kecil,tutupkan periuk dan masak selama 30-45minit (hingga pulut dalam sotong tu masak).
- Santan tu akan pecah minyak.
- Siap dihidangkan.
No comments:
Post a Comment