Monday, 27 September 2021

RESEPI SOTONG SUMBAT BAKAR

Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan. Ini merupakan resepi asal sotong sumbat yang biasa kita dengar.

Pada masa kini sotong sumbat telah dibuat pelbagai variasi mengikut citarasa seperti sotong sumbat kentang, sotong sumbat udang, sotong sumbat telur dan pelbagai lagi menu sotong sumbat lain mengikut citarasa masing- masing.Disini saya kongsikan pelbagai resepi sotong sumbat untuk anda. 

BAHAN BAHAN

  • 3 Ekor sotong saiz sederhana besar – dibersih dan toskan..

 

CARA PENYEDIAAN SOTONG SUMBAT :

  1. Ambil sotong dan sumbat inti telur yang digoreng scrambled egg ..sumbat inti kedalam perut sotong hingga padat..
  2. Letakkan sotong yang disumbat inti keatas dulang pembakar..
  3. Kelar sedikit perut sotong ..
  4. Kemudian sapukan sambal percik keatas sotong..sapu keseluruhan sotong..
  5. Sebelum bakar..panaskan oven selama 10 minit..
  6. Selepas itu baru masukkan sotong kedalam oven..
  7. Bakar dengan suhu 170’c selama 20 minit dan hingga sotong masak..
  8. Angkat dan potong..ikut citarasa masing2 nak potong lagu mana..hihihi..
  9. Dah siap..resepi sotong sumbat bakar..
  10. Sedia untuk dihidangkan dengan sambal percik sotong ..

                                

BAHAN INTI SOTONG

  • 6 Biji telur
  • 2 Biji cili merah – dihiris kecil
  • ½ Biji lobak merah – dihiris dadu kecil
  • 2 Biji tomato – dihiris dadu kecil
  • 1 Sudu besar sos ikan
  • Sedikit daun ketumbar – dihiris
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
  • Cara Penyediaan Inti Sotong :

 

CARA PENYEDIAAN INTI SOTONG

  1. Pecahkan telur kedalam mangkuk..
  2. Kemudian masukkan kesemua bahan kedalam telur..pukul telur hingga sebati..
  3. Panaskan minyak , goreng telur hingga menjadi scrambled egg..
  4. Matikan api dan tuang kedalam mangkuk…
  5. Sejukkan sebentar..

 

BAHAN UNTUK SAMBAL PERCIK SOTONG :

  • ½ Inci halia – dihiris
  • 2 Ulas bawang putih – dihiris
  • 2 Ulas bawang merah
  • 1 Batang serai – diketuk
  • 6 Sudu besar cili kering kisar
  • Garam gula secukuprasa
  • 1 Keping asam gelugur
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis

 

CARA PENYEDIAAN SAMBAL PERCIK SOTONG :

  1. Panaskan minyak , tumiskan halia , bawang putih , bawang merah dan hingga kekuningan..
  2. Kemudian masukkan cili kisar bersama asam keping..masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air , garam gula secukuprasa..kacau2 sebentar..kemudian masak hingga kuah sedikit pekat..:

 ..


No comments:

Post a Comment