Monday, 27 September 2021

MASAK ASAM IKAN SIAKAP

Masak asam merujuk kepada penggunaan bahan asam jawa untuk melengkapkan kuah sup bagi masakan.Kuah asam atau masak asam sinonim kepada masakan berasaskan makanan laut seperti ikan.Daging dan ayam juga boleh dimasak menggunakan asam jawa. Bahan seperti ikan perlu digoreng terlebih dahulu sebelum di masak asam. Dalam resepi ini saya bagi resepi masak asam untuk semua ikan.

BAHAN BAHAN

  • 3 Bawang Besar
  • 4 Ulas Bawamg Putih
  • Cili Padi Jila Perlu
  • 1 Batang Serai
  • Asam Jawa
  • 1 Sudu Kecil Garam Halus
  • Sedikit gula

CARA PENYEDIAAN

  1. Sediakan bahan yang telah di potong
  2. Panaskan periuk dan masukkan sahaja bahan bahan  yang telah di potong tadi dan tumis sampai kuar bau dan garing
  3. Masukkan ikan dan asam jawa dan boleh bubuh air kalau nak kuah yang
  4. Perasakan dengan garam dan sedikit gula biar rasa meresap
  5. Siap dan boleh campur bahan lain contoh sayuran potongan timun, tomato, sayur daun dan apa sahaja yang boleh menyedapkan mata dan rasa.
  6. Siap dan makan dengan nasi panas.




No comments:

Post a Comment