Telur dadar atau omelet adalah variasi hidangan telur goreng yang disiapkan dengan cara mengadun telur dan menggorengnya dengan minyak goreng atau mentega panas di dalam kuali. Telur dadar boleh disediakan dan dimasak dengan pelbagai vaeiasi campuran bahan sperti sayuran, daging, ayam dan apa apa sahaja yang dirasakan sesuai mengikut selera masing-masing.
BAHAN BAHAN
- 4 biji telur
- 2 sudu besar tepung beras
- 3 sudu besar kelapa parut
- 2 batang daun bawang - hiris nipis
- Garam
BAHAN KISAR:
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 5 batang cili merah
PROSES PENYEDIAAN
- Kacau telur dengan semua bahan kisar sehingga rata. Kemudian masukkan bawang hiris dan lain lain bahan. Kacau lagi.
- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tuang telur. Goreng sehingga garing dan dibalik balikkan.
- Bolehlah angkat dan dipotong mengikut citarasa masing masing.
No comments:
Post a Comment