Telur dadar atau omelet adalah variasi hidangan telur goreng yang disiapkan dengan cara mengadun telur dan menggorengnya dengan minyak goreng atau mentega panas di dalam kuali. Telur dadar boleh disediakan dan dimasak dengan pelbagai vaeiasi campuran bahan sperti sayuran, daging, ayam dan apa apa sahaja yang dirasakan sesuai mengikut selera masing-masing.
BAHAN BAHAN
- 2 biji telur
- 3 tangkai daun kucai
- 1/2 biji bawang besar
- 1 biji cili merah (potong kecil)
- 2 sudu besar air
- 1 sudu kecil perasa Rasa Sifu
- 1/2 cawan minyak masak
PROSES PENYEDIAAN
- Satukan telur dengan bawang besar, cili, daun kucai dan perasa. Pukul sekata.
- Masukkan air dan pukul lagi hingga berbuih.
- Panaskn minyak biar betul-betul panas dan goreng telur macam biasa. Siap!
No comments:
Post a Comment