Sunday, 19 September 2021

UDANG KETAK MASAK SAMBAL

Udang ketak atau udang lubuk (Thenus orientalis) ialah sejenis spesies udang kara yang boleh ditemui di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Udang lubuk mempunyai badan keper, dan boleh membesar sehingga 25 sentimeter (9.8 in), atau panjang karapas 8 cm.

Udang ketak biasa terdapat di kawasan berbatu karang dengan dasar yang berpasir. Di Malaysia banyak terdapat di kawasan gugusan taman laut Mersing. Mengikut tinjauan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perikanan, Jabatan Perikanan Malysia, pada sekitar tahun 1985, pendaratan udang ini amat memberangsangkan. Namun kini kedapatan udang ini merosot secara mendadak dan ia jarang terdapat di mana-mana pasar di Malaysia, kecuali di sekitar Sabah.  

BAHAN BAHAN
  • 500 gm udang ketak
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cawan minyak masak

BAHAN TUMIS

  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 6 sudu makan cili boh
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1/2 sudu teh asam jawa adabi
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1 cawan air masak

PROSES PENYEDIAAN

  1. Gaul udang ketak dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Panaskan 1 cawan minyak dan gorengkan udang separuh masak.Angkat dan ketepikan dahulu.
  3. Buangkan sedikit minyak yang telah digunakan untuk menggoreng udang tadi. Tinggalkan anggaran 3 sudu makan minyak untuk menumis.
  4. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk@kisar. Gorengkan sehingga sedikit garing.
  5. Setelah itu masukkan cili boh dan masak sehingga cili garing.
  6. Kemudian bolehlah dimasukkan sos tiram, garam, gula dan asam jawa.
  7. Tuangkan 1 cawan air dan didihkan sebentar.
  8. Akhir sekali bolehlah dimasukkan bawang besar yang telah dihiris dan udang goreng tadi.
  9. Gaulkan sebentar. Setelah bawang besar layu bolehlah di tutup api. Siap


No comments:

Post a Comment