Friday, 24 September 2021

TELUR DADAR KACANG PANJANG

Telur dadar atau omelet adalah variasi hidangan telur goreng yang disiapkan dengan cara mengadun  telur dan menggorengnya dengan minyak goreng atau mentega panas di dalam kuali. Telur dadar boleh disediakan dan dimasak dengan pelbagai vaeiasi campuran bahan sperti sayuran, daging, ayam dan apa apa sahaja yang dirasakan sesuai mengikut selera masing-masing.

BAHAN BAHAN

  • 3 biji telur - pukul
  • 5 batang kacang panjang - hiris
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 sk stok pekat ayam
  • 1/2 sk garam
  • Minyak

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi.
  2. Masuk kacang panjang dan goreng.
  3. Kemudian masuk stok pekat ayam dan goreng hingga kacang lembut.
  4. Tuang telur dan ratakan. Kecilkan api dan tutup periuk. Biar 2-3 minit.
  5. Terbalikkan telur dan biar bahagian satu lagi masak.
  6. Angkat dan hidang.

No comments:

Post a Comment