Friday, 24 September 2021

TELUR DADAR SAYUR

Telur dadar atau omelet adalah variasi hidangan telur goreng yang disiapkan dengan cara mengadun  telur dan menggorengnya dengan minyak goreng atau mentega panas di dalam kuali. Telur dadar boleh disediakan dan dimasak dengan pelbagai vaeiasi campuran bahan sperti sayuran, daging, ayam dan apa apa sahaja yang dirasakan sesuai mengikut selera masing-masing.

BAHAN BAHAN

  • 3 biji telur
  • 1/2 labu bawang besar-dadu
  • 4 biji kacang panjang.
  • 4 pokok daun kucai.
  • 1/2 biji cili masak.-hiris nipis
  • 1/2 cawan tauge.
  • garam secukup rasa.
  • sedikit lada hitam.

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Sayur dipotong kecil
  2. Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam bekas dan gaul hingga rata.
  3. Panaskan kuali non stick saiz yang paling kecik.Masukkan sedikit minyak jagung,
  4. Sendukkan adunan telur kedalam kuali dan masak hingga perang.
  5. Balik balikkan agar ianya masak dengan sekata.Siap:)

No comments:

Post a Comment