Friday, 24 September 2021

TELUR DADAR KENTANG

Telur dadar atau omelet adalah variasi hidangan telur goreng yang disiapkan dengan cara mengadun  telur dan menggorengnya dengan minyak goreng atau mentega panas di dalam kuali. Telur dadar boleh disediakan dan dimasak dengan pelbagai vaeiasi campuran bahan sperti sayuran, daging, ayam dan apa apa sahaja yang dirasakan sesuai mengikut selera masing-masing. 

BAHAN BAHAN

  • 5 biji telur
  • 2 biji kentang (Dipotong dadu kecil)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 3 biji cili merah (Dihiris)
  • 1 pokok daun sup
  • 1 pokok daun bawang
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Rebuskan kentang dengan air sehingga empuk. Masukkan telur, kentang, bawang besar, cili merah, daun sup, daun bawang, dan garam ke dalam mangkuk.
  2. Kacau rata. Panaskan minyak masak di dalam kuali leper dan tuangkan bancuhan telur tadi.
  3. Masakkan dengan api perlahan sehingga telur kelihatan kuning keemasan.
  4. Terbalikkan telur perlahan-lahan menggunakan pinggan leper.
  5. Masakkan lagi sehingga telur kelihatan kuning keemasan. Hidangkan ke dalam pinggan leper.

No comments:

Post a Comment