Sunday, 19 September 2021

UDANG KETAK MASAK BLACK PEPPER

Udang ketak atau udang lubuk (Thenus orientalis) ialah sejenis spesies udang kara yang boleh ditemui di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Udang lubuk mempunyai badan keper, dan boleh membesar sehingga 25 sentimeter (9.8 in), atau panjang karapas 8 cm.

Udang ketak biasa terdapat di kawasan berbatu karang dengan dasar yang berpasir. Di Malaysia banyak terdapat di kawasan gugusan taman laut Mersing. Mengikut tinjauan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perikanan, Jabatan Perikanan Malysia, pada sekitar tahun 1985, pendaratan udang ini amat memberangsangkan. Namun kini kedapatan udang ini merosot secara mendadak dan ia jarang terdapat di mana-mana pasar di Malaysia, kecuali di sekitar Sabah.  

BAHAN BAHAN
  • 500 kg udang ketak
  • Segenggam kecil lada hitam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3-4 sudu kicap cair
  • 3-4 sudu sos plum
  • 4-5 sudu sos tiram
  • Sedikit garam
  • secubit dua gula
  • 2 pokok daun kucai
  • Minyak

PROSES PENYEDIAAN
  1. Rebuskan udang ketak dengan air yang minimum.
  2. KetepikanTumbuk lada hitam, bawang putih dan halia hingga hancur.
  3. Tumiskan hingga agak garing. Masukkan air rebusan udang ketak.
  4. Masukkan sos dan masak hingga pekat.Seimbangkan rasanya.
  5. Masukkan udang dan daun kucai. Kacau sebentar dan tutup api.


No comments:

Post a Comment