Friday, 24 September 2021

TELUR DADAR KOREA

Telur dadar atau omelet adalah variasi hidangan telur goreng yang disiapkan dengan cara mengadun  telur dan menggorengnya dengan minyak goreng atau mentega panas di dalam kuali. Telur dadar boleh disediakan dan dimasak dengan pelbagai vaeiasi campuran bahan sperti sayuran, daging, ayam dan apa apa sahaja yang dirasakan sesuai mengikut selera masing-masing.

BAHAN BAHAN

  • 4 biji telur
  • 1 pek daging salami
  • 1 biji bawang kecil
  • 1 genggam cendawan enoki
  • 1/2 sudu teh stok sup
  • 2 helai rumpai laut kering
  • 1 mangkuk nasi
  • 1 batang daun bawang
  • 1 sudu besar air
  • 2 sudu besar minyak


PROSES PENYEDIAAN

  1. Pecahkan 4 biji telur di dalam mangkuk. Kacau sehingga ia sebati.
  2. Cincang daging salami, cendawan enoki, bawang kecil, daun bawang.
  3. Masukkan bahan yang telah dicincang ke dalam bancuhan telur.
  4. Kacau bahan-bahan tersebut.
  5. Masukkan 1/2 sudu teh stok sup, dan 1 sudu besar air.
  6. Kacau semua bahan sehingga ia sebati.

No comments:

Post a Comment