Telur dadar atau omelet adalah variasi hidangan telur goreng yang disiapkan dengan cara mengadun telur dan menggorengnya dengan minyak goreng atau mentega panas di dalam kuali. Telur dadar boleh disediakan dan dimasak dengan pelbagai vaeiasi campuran bahan sperti sayuran, daging, ayam dan apa apa sahaja yang dirasakan sesuai mengikut selera masing-masing.
BAHAN BAHAN
- 1 keping tauhu-potong dadu
- 5 biji telur
- 2 batang daun bawang
- 1 bawang merah-dicincang
- 3 cili merah hijau-dicincang
- 1/4 st garam
PROSES PENYEDIAAN
- Siapkan bahannya
- Mula-mula pukul telur dan garam sebentar.
- Masukkan semua bahan tadi. Kacau sebati.
- Goreng sehingga masak. Api sederhana. Sesudah itu boleh dihidangkan untuk dinikmati.
No comments:
Post a Comment