Friday, 24 September 2021

TELUR DADAR KELAPA

Telur dadar atau omelet adalah variasi hidangan telur goreng yang disiapkan dengan cara mengadun  telur dan menggorengnya dengan minyak goreng atau mentega panas di dalam kuali. Telur dadar boleh disediakan dan dimasak dengan pelbagai vaeiasi campuran bahan sperti sayuran, daging, ayam dan apa apa sahaja yang dirasakan sesuai mengikut selera masing-masing. 

BAHAN BAHAN

  • 6-8 biji cili padi
  • Sedikit kunyit
  • 5-6 biji bawang merah
  • Setengah biji kelapa parut
  • 3 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk perasa
  •  

PROSES PENYEDIAAN

  1. Blender semua bahan yang telah disediakan. Kalau nak lebih pedas, lebihkan cili.
  2. Sediakan pan atau kuali.
  3. Panaskan sedikit minyak.Tuang bahan yang telah dikisar tadi dan masak dengan api yg sederhana.
  4. Terbalikkannya depan dan belakang. Siap

No comments:

Post a Comment