Monday, 27 September 2021

MASAK ASAM IKAN SELAR

 Masak asam merujuk kepada penggunaan bahan asam jawa untuk melengkapkan kuah sup bagi masakan.Kuah asam atau masak asam sinonim kepada masakan berasaskan makanan laut seperti ikan.Daging dan ayam juga boleh dimasak menggunakan asam jawa. Bahan seperti ikan perlu digoreng terlebih dahulu sebelum di masak asam. Dalam resepi ini saya bagi resepi masak asam untuk semua ikan.

BAHAN BAHAN

  • Ikan selar yang digaul dengan garam dan kunyit (goreng sampai masak)
  • Bawang putih/merah
  • Halia (dihiris)
  • Air perahan asam jawa
  • Sos tiram (jika suka)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Cili api (jika suka pedas)
  • Bawang besar dipotong bulat

 

CARA PENYEDIAAN

  1. Guna minyak bekas gorengan ikan tadi. Tumis bawang putih/merah sehingga garing dan kekuningan.
  2. Masukkan air perahan asam jawab, sekadar sesuap asam jawa.
  3. Masukkan ikan
  4. Masukkan sedikit sos tiram jika suka.
  5. Gaul sebati bersama sedikit gula dan garam secukup rasa.
  6. Masukkan sedikit cili api untuk sedikit rasa pedas jika suka.
  7. Masukkan bawang besar yang sudah dipotong bulat.
  8. Masakan ini bukan jenis berkuah banyak
  9. Siap dan makan bersama nasi panas

No comments:

Post a Comment