Monday, 27 September 2021

MASAK ASAM IKAN KERAPU

Masak asam merujuk kepada penggunaan bahan asam jawa untuk melengkapkan kuah sup bagi masakan.Kuah asam atau masak asam sinonim kepada masakan berasaskan makanan laut seperti ikan.Daging dan ayam juga boleh dimasak menggunakan asam jawa. Bahan seperti ikan perlu digoreng terlebih dahulu sebelum di masak asam. Dalam resepi ini saya bagi resepi masak asam untuk semua ikan.

BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ikan kerapu- dipotong
  • 4 ulas bawang merah (dimayang halus)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang halus)
  • 1 inci halia (dimayang halus)
  • 1 labu bawang besar (dipotong bulat)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • air asam jawa
  • kunyit serbuk
  • garam dan gula atau perasa
  • minyak secukupnya untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN

  1. Ikan diletak garam dan kunyit,  kemudian di goreng sehingga kekuningan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan air asam jawa, biarkan seketika. Tambah air jika perlu.
  4. Masukkan garam, gula atau sedikit perasa dan akhir sekali masukkan bawang besar serta cili.
  5. Perasakan ia, jika dah secukup rasa barulah di angkat untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment