Ikan Puyu atau Ikan Karuk (panggilan nama di negeri Sabah dan Brunei) atau nama saintifiknya (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak. Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini. Bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair kerana pada ketika tertentu pada musim hujan, kebanyakanya berpindah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka berhijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga enam hari selagi dikekalkan lembab. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25 cm atau 9.8 inci.
Spesies ini hidup secara berkumpulan dan lantaran itu, spesies ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba dan pancingan yang keterlaluan (tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap dan lepas' bagi yang bersaiz kecil). Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesies ini mampu menghalang tuan rumah daripada dipukau oleh orang yang ingin masuk mencuri. Ini disebabkan ikan ini dipercayai tidak tidur. Lantaran itulah masyarakat Melayu telah lama memelihara spesies ini di dalam rumah untuk tujuan itu.
BAHAN BAHAN
- Ikan puyu - banyaknya ikut suka (dicuci dan direndam dlm air asam jawa lebih kurang 10 minit utk menghilangkan hanyir ikan)
- 1 bungkus rempah kari ikan babas - bancuh rata dgn sedikit air
- Sedikit air asam jawa
- Santan
- Sedikit minyak utk menumis
- Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS
- 2 ulas bawang merah- dimayang
- 2 ulas bawang putih - dimayang
- 1 tangkai daun kari
- 1 sudu besar halba
- Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan semua bahan tumis sehingga kekuningan.
- Masukkan rempah kari dan air asam jawa. Kacau rata. Masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan masukkan ikan.Kacau supaya tidak meruap. Masukkan garam secukup rasa.
- Apabila ikan dah masak bolehlah diangkat
No comments:
Post a Comment