Saturday, 28 November 2020

IKAN PUYU MASAK SAMBAL

Ikan Puyu atau Ikan Karuk (panggilan nama di negeri Sabah dan Brunei) atau nama saintifiknya (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak. Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini. Bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair kerana pada ketika tertentu pada musim hujan, kebanyakanya berpindah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka berhijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga enam hari selagi dikekalkan lembab. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25 cm atau 9.8 inci.

Spesies ini hidup secara berkumpulan dan lantaran itu, spesies ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba dan pancingan yang keterlaluan (tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap dan lepas' bagi yang bersaiz kecil).

Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesies ini mampu menghalang tuan rumah daripada dipukau oleh orang yang ingin masuk mencuri. Ini disebabkan ikan ini dipercayai tidak tidur. Lantaran itulah masyarakat Melayu telah lama memelihara spesies ini di dalam rumah untuk tujuan itu.

BAHAN BAHAN

  • 10 ekor ikan puyu saiz besar
  • ( bersihkan dan gaul garam kunyit)
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1 asam keping
  • 2 papan petai
  • minyak masak


BAHAN KISAR

1 cawan cili padi hijau

1 bawang besar

3 bawang putih


CARA PENYEDIAAN

1. Goreng ikan puyu hingga garing

2. Tinggalkan minyak anggaran 3 sudu dan tis bahan blend hingga mendidih

3.Masukkan asam keping,garam,gula dan masak hingga naik minyak

4. Masukkan ikn puyu goreng

5. Tambahkan isi petai dan masak lagi beberapa minit

6. Sesuaikan rasanya

No comments:

Post a Comment