Saturday, 28 November 2020

RESEPI IKAN PATIN MASAK KENSOM

Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasianodon hypophthalmus (dulu dikenali sebagai Pangasius Sutchi) adalah spesies ikan air tawar yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong. Pangasianodon hypophthalmus berasal dari Sungai Mekong dan Sungai Chao Phraya di mana ikan ini diternak secara besar-besaran untuk dimakan. Ikan ini dijual di pasaran sebagai Ikan Dory, Swai, dan Basa.

Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesies ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan dari pokok di tepi sungai, udang dan bangkai binatang.

BAHAN BAHAN

  • 1 ekor ikan patin
  • 2 asam keping
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 sudu teh gula melaka
  • 1/2 biji nenas masak
  • 1 ikat kangkung
  • 2 batang serai-di ketuk
  • garam secukup rasa

BAHAN KISAR

  • 1 tangkai cili merah
  • 15 tangkai cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 hiris lengkuas
  • sedikit belacan

 

CARA MEMBUATNYA

  • Masukkan bahan kisar.air asam jawa,asam keping dan air secukupnya ke dalam periuk.
  • Masak hingga mendidih.
  • Masukkan nenas dan serai.Masak hingga mendidih seketika.
  • Masukkan ikan.
  • Setelah ikan masak,masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang rangup.
  • Sedia untuk di hidangkan.

No comments:

Post a Comment