Wednesday 25 November 2020

RESEPI HINAVA

Hinava merupakan makanan tradisional bagi masyarakat Kadazandusun. Hinava juga dipanggil salad ikan mentah kerana dihasilkan daripada campuran ikan mentah, cili, limau, halia dan sebagainya. Hidangan ini merupakan lauk pembuka selera bagi kaum Kadazandusun. Rasanya yang pedas dan masam pasti mampu membangkitkan selera setiap lidah yang merasainya.


BAHAN BAHAN
  • Ikan Tenggiri - Ambil Isinya sahaja - Buangkan Tulang dan dicincang halus
  • 5 Ulas Bawang Merah - dihiris)
  • 2 Ulas Bawang Putih - dihiris
  • 3-4 Biji Limau Kapas - Ambil jus
  • Sedikit Garam, Serbuk Perasa,
  • Halia  - Dihiris Halus
  • Cili Merah - Dihiris Halus
  • Cili Padi

PROSES PENYEDIAAN
  • Ikan Tenggiri dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dicincang hingga halus.
  • Tuangkan sedikit air panas ke atas isi ikan tersebut selama 1 minit dan toskan.
  • Semua bahan yang telah dihiris halus tadi digaulkan bersama dengan isi ikan.
  • Kemudian dicampur dengan jus limau kapas.

No comments:

Post a Comment