Ambuyat merupakan sejenis makanan yang dihasilkan daripada tepung sagu. Ia merupakan makanan tradisional bagi masyarakat Brunei dan Bisaya. Ambuyat dimakan bersama bersama lauk-lauk sampingan seperti ikan dan sayur-sayuran. Ambuyat sedap dimakan ketika masih panas kerana tekturnya masih lembut ketika panas. Apabila ambuyat sudah sejuk teksturnya akan menjadi lebih likat dan keras. Makanan ini rasanya tawar, oleh itu kesedapan makanan ini bergantung kepada kesedapan lauk pauknya dan tekstur ambuyatnya. Jika lauk pauk nya sedap, kamu pasti akan ketagih makan makanan ini.
BAHAN-BAHAN- 1 kg (6 cawan) sagu rumbia
- Air panas yang baru dimasak
- 1 liter (4 cawan) air
PROSES PENYEDIAAN
- Sagu dicampur dengan 4 cawan air dan mendapkan selama 10 minit.
- Tuang air dan masukkan sagu ke dalam bekas yang tahan air panas.
- Bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih.
- Kacau hingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jernih dan likat
- (seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah masak).
RESEPI SAMBAL BELACAN UNTUK AMBUYAT/LINUT
- 1 Ketul belacan bakar Cili padi / Cili biasa (ikut pedas yang dikehendaki)
- Perasa Sedikit Gula Jus Limau secukupnya
- Anda boleh masukkan
- sedikit bawang merah dengan isi udang ( direbus/dibakar )
PROSES PENYEDIAAN
- Masukkan semua bahan dalam lesung batu atau blender pun boleh
- Tumbuk / kisarkan sehingga lumat.
- Siap.
No comments:
Post a Comment