Wednesday, 25 November 2020

RESEPI NASI KUNING

Nasi Kuning ialah sejenis hidangan nasi Indonesia. Ia juga boleh berupa bentuk kon dan digelar tumpeng dan biasanya dimakan sewaktu upacara khas. Nasi dimasak dengan santan dan kunyit, oleh itu namanya nasi kuning. Nasi ini melambangkan timbunan emas, jadi nasi kuning sering disediakan untuk perayaan, atau majlis pembukaan, sebagai suatu tanda nasib baik, kekayaan dan maruah.

Di Indonesia, ia biasanya dihidangkan dengan pelbagai hidangan sampingan seperti nasi campur. Telur dadar dimayang, serunding (kelapa parut dan rempah), sambal goreng (tempe goreng dan kentang berkaramel dalam kuah pedas), ayam goreng (ayam goreng gaya Jawa), perkedel (bergedel) adalah hidangan sampingan yang terumum didapati bersama nasi kuning. Nasi kuning lebih beradun akan termasuk otak lembu goreng, jantung lembu goreng, daging lembu dan makanan laut.

BAHAN UNTUK NASI KUNING

  • 500g beras wangi
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan santan cair
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 batang serai,diketuk
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk pati ayam maggi
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit


CARA MEMASAK:

  • Beras dicuci bersih,kemudian toskan airnya.
  • Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker.Masaklah macam kalau korang masak nasi putih.Bila dah mendidih kacau nasi,kemudian teruskan masak hingga air kering.

 

LAUK SAMBAL IKAN

BAHAN-BAHAN:

  • 450g ikan tuna sirip kuning,perap dengan garam & jus asam limau.Goreng ikan hingga masak. Ikna belais pun ok kalua nak pakai

 

BAHAN KISAR:

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia,dihiris
  • 1 batang serai,dihiris
  • 20 tangkai cili kering (sy guna cili kering keriting)
  • sedikit gula pasir
  • 1 biji limau kasturi,diambil jusnya
  • 1/2 cawan air panas
  • Garam secukupnya

 

CARA MEMBUAT:

  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bahan kisar hingga naik minyak.Perasakan dengan garam,gula dan asam limau.Tambahkan air panas.(ni supaya sambal tdk kering kontang)
  • Masukkan ikan goreng.Kacau sehingga ikan sebati dengan sambal.

No comments:

Post a Comment