Saturday, 28 November 2020

IKAN KELI MASAK KECUR

Ikan Keli Kayu, Clarias batrachus, adalah spesies ikan air tawar yang mampu bernafas di darat dan terdapat kebanyakannya di Asia Tenggara.Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Ikan Kucing Berjalan, dan dinamakan kerana ia bermisai seperti kucing dan keupayaannya untuk "berjalan" merentasi tanah kering, bagi mencari makanan atau persekitaran yang sesuai. Sungguhpun ia tidak sebenarnya berjalan sebagaimana haiwan berkaki empat atau berkaki dua, ia memiliki keupayaan untuk menggunakan ridipnya (“pectoral fin”) bagi mengekalkan dirinya tegak dan mengelidik seperti pergerakan ular.

Ikan Keli Kayu memiliki tubuh yang memanjang dengan kepala bertulang, lebar, leper dengan mulut yang luas. Ikan Keli kayu memiliki empat pasang taji yang panjang dan agak keras. They possess four pairs of long, rather stiff barbels. Ikan Keli Kayu biasanya aktif pada waktu malam (“nocturnal”), memiliki organ pernafasan tambahan di atas ingsang (seperti ikan labyrinth) bagi membolehkan ia bernafas di udara. Ia mampu hidup dalam bentuk ini dan bergerak selagi ia kekal lembabt.Ikan ini biasanya tinggal dalam air tenang dan sering kali air kolam bertakung di dalam kolam, paya, anak sungai, dan sungai, sawah padi atau kolam sementara yang mungkin kering. Apabila ini berlaku, kemahirannya berjalan menjadi penting untuk bergerak kesumber air yang lain.

BAHAN BAHAN

  • Sekilo ikan keli
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 17 biji cili padi
  • 2 pokok cekur
  • 1 inchi belacan
  • Semangkuk santan diperah dengan air masak

 

PROSES PENYEDIAAN

  • Bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan disangai tanpa minyak sehingga layu
  • Gaulkan serbuk kunyit dan garam ke ikan keli yg dibersihkan.. Bleh masukkan serbuk ketumbar dan jintan jika suka.. Goreng ikan keli sehingga garing dan diangkat.. Tumbuk ikan keli sedikit..
  • Mayang daun cekur sehingga halus
  • Tumbuk lumat bahan2 yang disangai.. Ubi cekur juga ditumbuk lumat..
  • Masukkan bahan yang ditumbuk & mayang ke dalam santan yang diperah..
  • Masukkan air asam jawa dan garam.. Masukkan ikan keli yang telah ditumbuk tadi...
  • Sedia dihidang..

No comments:

Post a Comment