Saturday, 28 November 2020

RESEPI IKAN SEPAT MASAK LEMAK DENGAN NENAS

Ikan Sepat Siam atau nama saintifiknya Trichopodus pectoralis,(Bahasa Thai: ปลาสลิด Pla salit) adalah satu spesies ikan sepat yang banyak dijadikan makanan atau ikan hiasan. Ikan ini boleh ditemui di rawa-rawa, danau, sungai dan parit-parit yang berair tenang; terutama yang banyak ditumbuhi tumbuhan air. Juga kerap terbawa oleh banjir dan masuk ke kolam-kolam serta saluran-saluran air hingga ke sawah-sawah.

BAHAN BAHAN
  • 4 ekor ikan sepat masin (Dibersihkan) 
  • 15 biji cili api 
  • 2 biji bawang merah 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • ½ cawan air
  • (Cili api, bawang merah, kunyit hidup dikisar bersama air)
  • ½ biji nanas (Dipotong kecil) 
  • 3 batang serai (Diketuk) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • Garam (Sekiranya perlu)


CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan bahan yang dikisar, nanas, serai, dan ikan masin ke dalam periuk. 
  2. Masak sehingga mendidih. 
  3. Masukkan santan dan sentiasa kacau perlahan-lahan dengan api sederhana supaya tidak pecah minyak. 
  4. Masukkan garam dan tutupkan api. 
  5. Tutup api dan sedia dihidangkan dengan nasi putih.

No comments:

Post a Comment