Saturday, 28 November 2020

RESEPI IKAN KELI MASAK PECAL

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.

Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.

BAHAN BAHAN

  • 1 kg Ikan Keli (dibakar dulu)
  • 5 ulas Bawang Merah Sederhana besar. (Jika berminat bawang merah kecil lagi sedap)
  • 10 biji Bawang Putih
  • 15 biji Cili Padi Merah & Hijau (jika suka pedas boleh lebihkan)
  • 1 Biji kelapa
  • Garam & gula secukup rasa
  • 1/2 cawan air Asam jawa
  • 10 biji Isi Cekur
  • 10 keping Daun Cekur (Bahan penyedap mesti ada dihiris halus)
  • 1 cwn Air

 

CARA MENYEDIAKAN

  • Ikan keli dibersihkan dahulu (jgn dikelar bagi menggelakan ikan pecah). Bakar jgn terlalu garing
  • Sementara tunggu ikan yang dibakar siap. Sediakan bahan-bahan untuk dikisar seperti bawang putih & bawang merah dan isi cekur dikisar halus. Selepas itu masukkan cili padi dan dikisar kasar sedikit.
  • Renihkan bahan yang dikisar bersama air masukkan gula sedikit, garam secukup rasa dan air asam jawa. Masukkan santan cair.
  • Setelah mendidih masukkan ikan keli yang telah siap dibakar dan santan pekat. Kuah bagi masakan ini hendaklah pekat baru lebih umpp!!. Tapi kenalah jaga santan pekat supaya tidak pecah minyak.

No comments:

Post a Comment