Wednesday, 25 November 2020

RESEPI NASI LINOPOD

Linongot ialah jenis bungkusan daun (biasanya irik atau daun tarap) yang diisi dengan gabungan nasi dan sayur-sayuran akar seperti keledek dan keladi.Nama alternatif yang dikenali oleh masyarakat Kadazan-Dusun di daerah lain termasuk linopod dan sinamazan

BAHAN BAHAN

  • 1 mangkuk nasi panas
  • 1 mangkuk keledek
  • 1 cubit garam
  • 1 mangkuk air
  • 2 helai daun pisang


PROSES PENYEDIAAN

  • Masak nasi macam biasa.
  • Rebus keledek dengan semangkuk air dan garam.
  • Apabila keledek dah empuk, bolehlah dibuang kulitnya dan dipotong kecil.
  • Lenyek nasi panas bersama-sama keledek. Tak perlu lenyek beria sangat. Saya terover lenyek. Lenyek biasa-biasa je.
  • Bungkus nasi tadi dalam daun pisang. Kalau di Sabah, diorang bungkus guna daun tarap. Lepas bungkus tu saya ikat guna tali rafia sebab nak nmpak kemas je. Tak ikat pn takpe.
  • Nasi linopot dah sedia dimakan. Memang sedap. Makan je dengan apa-apa jenis lauk. Kalau nak bagi sentiasa panas, letak je balik dalam periuk nasi. Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment