Wednesday, 25 November 2020

RESEPI BURASAK ATAU BURAS

Buras atau burasak ialah sejenis masakan Bugis yang berasaskan beras dan santan. Ia biasanya dibuat semasa hari-hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Buras disediakan dengan memasak beras dengan santan. Beras yang sudah masak itu tadi kemudiannya dibungkus dengan daun pisang lalu diikat sebelum direbus selama sekurang-kurangnya empat jam. Buras mudah ditemui di kawasan-kawasan yang mempunyai komuniti Bugis.

BAHAN BAHAN

  • Beras Wangi 1kg,
  • Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya,
  • garam secukup rasa.
  • Daun pucuk pisang berukuran A4 beberapa keping utk bungkus.
  • Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal.


PROSES PENYEDIAAN

  • Beras dibasuh 2 hingga 3 kali. Panaskan santan hingga mendidih. Setelah mendidih
  • api dikecilkan.
  • Masukkan garam secukup rasa. Bila santan sudah berubah warna, padamkan api.
  • Tuang santan panas ke dalam beras sambil gaulkan, masak seperti nasi lemak.
  • Biarkan beras lembab sedikit, tapi agak merata.
  • Lipat nasi macam lipat kuih lepat pisang, urut-urut atas bungkusan leper dan padat.
  • Jangn terlalu nipis atau terlalu tebal.

No comments:

Post a Comment