Saturday, 28 November 2020

RESEPI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasianodon hypophthalmus (dulu dikenali sebagai Pangasius Sutchi) adalah spesies ikan air tawar yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong. Pangasianodon hypophthalmus berasal dari Sungai Mekong dan Sungai Chao Phraya di mana ikan ini diternak secara besar-besaran untuk dimakan. Ikan ini dijual di pasaran sebagai Ikan Dory, Swai, dan Basa.

Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesies ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan dari pokok di tepi sungai, udang dan bangkai binatang.

BAHAN BAHAN

  • Ikan patin segar.
  • Tempoyak ikut suka.
  • Cili padi 15 biji.
  • Kunyit hidup seinchi.
  • Daun Kesum.
  • Bungan Kantan.
  • Air.
  • Timun kuning atau bendi sebagai pelengkap

CARA MEMASAK :

  • Cuci bersih ikan kemudian letak dalam periuk.
  • Tumbuk cili dan kunyit.
  • Setelah kedua-dua bahan lumat, bubuh tempoyak. Gaul sebati. Masukkan ke dalam periuk ikan tadi. (Kalau mahu kuah pekat bubuh tempoyak lebih banyak).
  • Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  • Masukkan air. Masak sampai menggelegak.
  • Boleh masukkan timun kuning atau bendi sebagai pelengkap untuk menambah sedap.
  • Masukkan garam dan aji sebagai perasa.
  • Ikan patin masak tempoyak siap untuk dihidangkan. Selamat menjamu selera.

No comments:

Post a Comment