Ikan Puyu atau Ikan Karuk (panggilan nama di negeri Sabah dan Brunei) atau nama saintifiknya (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak. Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini. Bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair kerana pada ketika tertentu pada musim hujan, kebanyakanya berpindah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka berhijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga enam hari selagi dikekalkan lembab. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25 cm atau 9.8 inci.
Spesies ini hidup secara berkumpulan dan lantaran itu,
spesies ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti
jaring, pukat, jala, tuba dan pancingan yang keterlaluan (tanpa mengamalkan
kaedah 'tangkap dan lepas' bagi yang bersaiz kecil).
Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesies ini mampu menghalang tuan rumah daripada dipukau oleh orang yang ingin masuk mencuri. Ini disebabkan ikan ini dipercayai tidak tidur. Lantaran itulah masyarakat Melayu telah lama memelihara spesies ini di dalam rumah untuk tujuan itu.
BAHAN BAHAN
- 400 gram ikan puyu - disiang dan dibersihkan
- Sedikit air asam jawa.
- Bahan perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
- Serbuk Kunyit secukupnya
- Bahan ditumbuk/dikisar
- 4 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar
- 5 biji cili merah
- 5 biji cili padi (tambah jika nak pedas)
CARA-CARA PENYEDIAAN
:-
- Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Biar seketika.
- Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
- Dengan menggunakan minyak yang sama, panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk atau dikisar sehingga garing dan naik bau.
- Setelah itu, masukkan air jika terlalu kering bersama sedikit air asam jawa.
- Kemudian, masukkan bahan perasa. Kacau rata.
- Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaulkan bersama sambal tumis.
- Angkat dan siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment