Ikan Puyu atau Ikan Karuk (panggilan nama di negeri Sabah dan Brunei) atau nama saintifiknya (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak. Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini. Bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair kerana pada ketika tertentu pada musim hujan, kebanyakanya berpindah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka berhijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga enam hari selagi dikekalkan lembab. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25 cm atau 9.8 inci.
Spesies ini hidup secara berkumpulan dan lantaran itu, spesies ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba dan pancingan yang keterlaluan (tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap dan lepas' bagi yang bersaiz kecil).
Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesies ini mampu menghalang tuan rumah daripada dipukau oleh orang yang ingin masuk mencuri. Ini disebabkan ikan ini dipercayai tidak tidur. Lantaran itulah masyarakat Melayu telah lama memelihara spesies ini di dalam rumah untuk tujuan itu.
BAHAN BAHAN
- 400 gram ikan puyu - bersihkan
- 14 cili kacang bendi - kerat batang dan ekor
- 6 sudu makan serbuk kari ikan
- 1 sudu pati teh asam jawa
- 4 sudu makan cili kisar
- 3 biji cili merah - belah 2
- 2 cawan santan cair
- 2 pelepah daun kari - larutkan daunya dari tangkai
- minyak, garam, dan gula secukupnya
- Bahan Tumbuk
- 6 biji bawang merah
- 5 biji bawnag putih
- 2 cm halia
PROSES PENYEDIAAN
- Mula-mula bersihkan ikan puyu dan gaul dengan sedikit kunyit dan garam kemudian goreng hingga separuh masak
- Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan tumbuk hingga naik bau, selepas tu gunakan api sederhana dan masukan cili kisar. biarkan hingga pecah minyak.
- Kemudian masukan serbuk kari ikan dan bila terlalu kering tambahkan dengan sedikit air. kemudian masukan daun kari dan biarkan hingga layu dan masukan santan.
- Biarkan hingga santan mendidih dan bila sudah mendidih masukan ikan tongkol, bila kuah sudah agak pekat, tambahkan santan pekat dan biarkan mendidih.
- Akhir sekali, masukan cili merah bersama garam, gula, dan kacang bendi dan biarkan hingga kacang bendi berubah warna. dan bila sudah masak bolehlah matikan api.
No comments:
Post a Comment