Saturday, 28 November 2020

RESEPI IKAN KELI MASAK KARI

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.

Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.

BAHAN BAHAN

  • 400 gram ikan keli - bersihkan
  • 14 cili kacang bendi - kerat batang dan ekor
  • 6 sudu makan serbuk kari ikan
  • 1 sudu pati teh asam jawa
  • 4 sudu makan cili kisar
  • 3 biji cili merah - belah 2
  • 2 cawan santan cair
  • 2 pelepah daun kari - larutkan daunya dari tangkai
  • minyak, garam, dan gula secukupnya
  • Bahan Tumbuk
  • 6 biji bawang merah
  • 5 biji bawnag putih
  • 2 cm halia

 

PROSES PENYEDIAAN

  • Mula-mula bersihkan ikan keli dan gaul dengan sedikit kunyit dan garam kemudian goreng hingga separuh masak
  • Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan tumbuk hingga naik bau, selepas tu gunakan api sederhana dan masukan cili kisar. biarkan hingga pecah minyak.
  • Kemudian masukan serbuk kari ikan dan bila terlalu kering tambahkan dengan sedikit air. kemudian masukan daun kari dan biarkan hingga layu dan masukan santan.
  • Biarkan hingga santan mendidih dan bila sudah mendidih masukan ikan, bila kuah sudah agak pekat, tambahkan santan pekat dan biarkan mendidih.
  • Akhir sekali, masukan cili merah bersama garam, gula, dan kacang bendi dan biarkan hingga kacang bendi berubah warna. dan bila sudah masak bolehlah matikan api.

No comments:

Post a Comment