Sunday, 14 January 2018

CEKODOK SUKUN

KUIH JEMPUT JEMPUT/ CEKODOK/ CUCUR
Kuih jemput-jemput atau juga dikenali sebagai cucur atau cekodok, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih tradisi. Jemput-jemput atau cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.

CEKODOK SUKUN

BAHAN BAHAN
Sebiji buah suku yg ranum
tepung gandum
air    
Gula
Garam
Minyak

PROSES PENYEDIAAN
Kupas sukun yg ranum dan lecek seperti melecek pisang.campur dengan tepung(kalau nak lembut kurangkan tepung).


kemudian masukkan gula dan gaam secukup rasa.pijarkan minyak dan goreng seperti cekodok biasa

No comments:

Post a Comment