Friday, 19 January 2018

ACAR RAMPAI


BAHAN BAHAN
1 biji timun
1 batang karot 
2 biji cili hijau (dipotong sepanjang 2.5 sm)
2 biji cili merah (dipotong sepanjang 2.5 sm)
10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar
1 camca sedang serbuk kunyit
5 camca sedang cuka 
1 labu bawang besar (dimayang memanjang)
1 camca besar bijan
1.2 sm halia dimayang
Gula dan garam secukup rasa

Cara:
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah sebiji-sebiji bersama bawang besar serta halia. Masukkan cili, timun dan karot yang telah dipotong memanjang. Tuangkan cuka, garam, gula dan serbuk kunyit secukupnya sambil digaul hingga sama rata. Masak jangan terlalu lama kerana takut timun dan karot menjadi terlalu lembik.

No comments:

Post a Comment