Sunday, 14 January 2018

CEKODOK SARDIN

KUIH JEMPUT JEMPUT/ CEKODOK/ CUCUR
Kuih jemput-jemput atau juga dikenali sebagai cucur atau cekodok, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih tradisi. Jemput-jemput atau cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.

CEKODOK SARDIN


BAHAN BAHAN
BAHAN A :
Tepung Gandum 5 cawan
Garam secukup rasa
Air Suam
Lada Sulah Ikut Sedap
Serbuk Lada Hitam ikut Suka    

BAHAN B :
Sardin Cap ayam - Tin Kecil( brand yang kita suka la / atau yang murah)- Dihancurkan
Bawang Besar ( Cincang / dadu )
Cili Padi 3 Tangkai ( racik / Hiris)
Daun Bawang sepokok ( Hiris )
Isi Udang ( Cincang )

PROSES PENYEDIAAN
1. Campur semua bahan A hingga sebati , semasa membancuh pastikan tepung tidak terlalu keras dan cair.Sedang2 je lembutnya macam biasa nak buat jemput-jemput tu.

2. Kemudian campurkan pulak bahan B yang telah siap diracik dan cincang. Gaul hingga
sebati.


3. Goreng dengan api yang sederhana. Ikut suka la nak rangup ke atau lembut. Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment