Kuih
jemput-jemput atau juga dikenali sebagai cucur atau cekodok, pada asasnya
adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih
tradisi. Jemput-jemput atau cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan
perisa tambahan. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang
bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini
adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.
CEKODOK KURMA
BAHAN BAHAN
2 cawan tepung
gandum (ikut suka pun boleh byk mana tepung)
Kurma (anggaran
ikut suka byk mana)
Secubit garam
air
minyak untuk
menggoreng
PROSES
PENYEDIAAN
Biar sedang-sedang bancuhannya, tak terlalu cair tak terlalu pekat.
Cedukkan sesudu dan goreng kekuning-kuningan.
No comments:
Post a Comment