Kuih
jemput-jemput atau juga dikenali sebagai cucur atau cekodok, pada asasnya
adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih
tradisi. Jemput-jemput atau cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan
perisa tambahan. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang
bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini
adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.
CEKODOK BAWANG
BAHAN BAHAN
500g tepung gandum
5 ulas bawang besar
dimayang halus
50g ikan bilis
ditumbuk
1 butir telur ayam
30g daun sop
30g daun bawang
sedikit garam
secawan air
Masukkan
tepung, telur, air, garam, bawang dan ikan bilis. Gaul sehingga rata. Tidak
terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
Masukkan
daun sup, daun bawang. Kacau sehingga sebati.
Panaskan
minyak dlm kuali. Gorenglah seperti cekodok biasa. Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment