Sunday, 29 November 2020

UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API

Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang diternak secara komersial. Udang galah mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Udang ini boleh ditemui di kawasan tropika dan subtropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Australia Utara. Ia adalah haiwan omnivor dan mempunyai kecenderungan untuk aktif pada waktu malam

BAHAN BAHAN

  • 500 g Udang Galah
  • 300 ml Santan Pekat
  • 300 ml Air
  • 1 Batang Serai di titik
  • 1 helai Daun Kunyit di potong 2
  • 1 helai Daun Kunyit di racik halus
  • Keping Asam keping
  • 1 Kiub Knorr chicken 
  • Garam secukupnya

 

BAHAN KISAR

  • 10 g Kunyit hidup
  • 50 g Bawang besar
  • 1 Ulas Bawang putih
  • 20 g Cili padi kampung

 

CARA PENYEDIAAN

  • Sediakan semua bahan-bahan dan Kisar semua bumbu
  • Tuangkan kedalam kuali, Bahan Kisar, air, Serai,asam keping,dan Daun Kunyit. Remeh di atas api hingga mendidih. Masukan udang galah, garam bukit dan Knorr chicken cube non MSG. Masak hingga mendidih.
  • Tuangkan Santan kacau sebati dan masak hingga mendidih. Terakhir masukan daun kunyit yang di racik halus. Tutup api.
  • Udang Galah Masak Lemak Cili api sedia untuk dihidangkan.
  • Selamat mencuba dan semoga berjaya

No comments:

Post a Comment