Sunday, 29 November 2020

RESEPI UDANG GALAH MASAK BERLADA

Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang diternak secara komersial. Udang galah mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Udang ini boleh ditemui di kawasan tropika dan subtropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Australia Utara. Ia adalah haiwan omnivor dan mempunyai kecenderungan untuk aktif pada waktu malam

BAHAN BAHAN

  • 400 gram  udang galah | digoreng tidak terlalu garing
  • 200gm bawang merah | dikisar
  • 50gm bawang putih | dikisar
  • 200gm cili merah |dikisar
  • 200gm cili kering | dikisar
  • 1 sudu teh serbuk belacan
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 1 biji bawang besar | dihiris bulat
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  •  

CARA MEMASAK:

  • Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.
  • Kemudian masukkan air asam, serbuk belacan, garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau lagi.
  • Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris bulat bersama udang yang telah digoreng.

No comments:

Post a Comment