Sunday, 29 November 2020

RESEPI ASAM PEDAS IKAN DURI

Ikan Duri merupakan spesies ikan air tawar atau laut yang terdiri dari 3 spesies iaitu Ikan Duri Kuala Arius tenuispinis, Ikan Duri Laut Arius thalassinus, Ikan Duri Laut Arius sumatranus

BAHAN BAHAN

  • 1 ekor ikan duri saiz sederhana
  • 7 biji cili kering*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • 1 inci belacan*
  • 1 batang serai di titik
  • Segengam daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 2 biji tomato dibelah empat
  • 1 1/2 sk garam
  • 1 sk serbuk perasa
  • 2 helai daun limau purut

 

CARA PENYEDIAAN

  • Sediakan semua bahan2..Blender bahan yang bertanda * sehingga menjadi paste asam pedas.
  • Tumis bahan2 yang dikisar bersama serai yang dititek dan daun limau purut sehingga pecah minyak. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa. Kacau sehingga sebati.
  • Seterusnya masukkan ikan yang dipotong, daun kesum dan juga bunga kantan. Masukkan garam dan serbuk perasa.Akhir sekali masukkan tomato yang dibelah empat.tunggu sehingga masak dan bolehlah tutup api.
  • Sedia untuk dihidang dan boleh dimakan bersama nasi putih, telur asin dan sambal belacan. Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment