Sunday, 29 November 2020

RESEPI UDANG GALAH KAM HEONG

Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang diternak secara komersial. Udang galah mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Udang ini boleh ditemui di kawasan tropika dan subtropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Australia Utara. Ia adalah haiwan omnivor dan mempunyai kecenderungan untuk aktif pada waktu malam

BAHAN BAHAN

  • 7 ulas bawang putih cincang
  • 1 cawan udang geragau - bilas dan toskan (biasanya kita gunakan udang kering, tapi kali ini saja jew nak habiskan stok udang geragau)
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 3 tangkai daun kari - lurutkan
  • 10 biji hirisan cili padi
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
  • garam & gula - optional ( udang geragau & sos tiram pun dah ada rasa)
  • minyak

 

PROSES PENYEDIAAN

  • Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam udanggalah selama 5 minit atau sehingga masak. Angkat dan toskan.
  • Panaskan 4 sudu besar minyak bekas gorengan udang galah tadi dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
  • Masukkan udang geragau dan goreng sehingga udang naik bau.
  • Masukkan serbuk kari, daun kari serta cili padi dan goreng kacau selama beberapa minit.
  • Tambah sos tiram dan juga lada hitam, kemudian gaul sebati.
  • Masukkan udang dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos. Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment