Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang diternak secara komersial. Udang galah mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Udang ini boleh ditemui di kawasan tropika dan subtropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Australia Utara. Ia adalah haiwan omnivor dan mempunyai kecenderungan untuk aktif pada waktu malam
BAHAN BAHAN
- 400 gm udang galah
- 1 mangkuk brokoli secukupnya
- 1 labu bawang besar ~ dipotong
- 3 ulas bawang putih ~ dicincang
- 1/2 in halia ~ dihiris halus
- 3 sudu besar sos blackpepper
- 2 sudu besar sos tiram
- 1/2 sudu teh garam halus
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- minyak
CARA PENYEDIAAN
- Perap udang bersama garam dan serbuk kunyit. Panaskan sedikit minyak dan goreng udang hingga 3/4 masak. Ketepikan.
- Sementara tu kukus brokoli selama 5 minit dlm air panas mendidih dan angkat. Susun atur brokoli dlm pinggan.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
- Masukkan sos blackpepper dan sos tiram. Kacau hingga wangi dan masukkan udang. Kacau2 sekejap. Jgn terlalu lama, nanti udang menjadi overcook.
- Masukkan capsicum yang di dadukan dan kacau sekejap.
- Padamkan api dan bolehlah diletak atas pinggan yang dah diatur tadi dengan brokoli. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment