Monday 30 November 2020

RESEPI IKAN SUSU ATAU BAULU PANGGANG BEREMPAH

Ikan susu atau milkfish dengan nama saintifiknya Chanos chanos adalah spesies tunggal yang hidup dalam keluarga Chanidae. Walau bagaimana pun spesies ini mempunyai banyak nama umum.Di Hawaii ia dipanggilkan ‘awa. Di Indonesia ia dikenali sebagai ‘bandeng’ dan juga ‘bolu. Sementara di Filipina pula ia merupakan ikan kebangsaan dengan nama ‘bangus’.

  • BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ikan /500g ikan susu 
  • 2 tsp serbuk kunyit *
  • 1 tsp serbuk cili*
  • Garam secukupnya*
  • Bawang putih 3ulas*
  • 3 cm halia*
  • 2 tsp ketumbar *
  • 1 tsp Kicap manis
  • 1 tsp sos tiram
  • Sedikit lada putih
  • Sedikit butter untuk gris pemanggang
  • 2 biji limau kasturi
  • Sedikit air

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Cuci bersihkan ikan, belah tengah dan lumurkan bersama garam dan limau. Perap seketika
  2. Sementara tu tumbuh bahan yang bertanda (*). Kemudian tambah sedikit air. lumur-lumur kan kunyit ke ikan dan bahan yang di tumbuh tadi. Perap seketika
  3. Griskan pemanggang dengan sedikit butter. Lebihan bahan untuk perapan tadi kita tambah sedikit kicap, sos tiram untuk di oles ke ikan semasa memanggang. Terbalikan ikan dan oleskan lagi bahan perapan sehingga ikan masak sepenuhnya.
  4. Siap untuk di nikmati.. Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment