Sunday, 29 November 2020

RESEPI IKAN DURI MASAK TEMPOYAK

Ikan Duri merupakan spesies ikan air tawar atau laut yang terdiri dari 3 spesies iaitu Ikan Duri Kuala Arius tenuispinis, Ikan Duri Laut Arius thalassinus, Ikan Duri Laut Arius sumatranus

BAHAN BAHAN

  • 1 ekor duri  saiz besar (atau jika ikan kecil, guna 2 ekor)*
  • 1 camca besar serbuk kunyit*
  • 1 camca teh garam*
  • 1 cawan pati santan
  • 2 batang serai, diketuk
  • 1 helai daun kunyit, disiat
  • 1-2 keping asam gelugor (kalau asam gelugor besar, guna sekeping)
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya


BAHAN-BAHAN KISAR 

  • 1/3 cawan cili padi kampung, campur yang hijau dan yang merah
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 camca besar tempoyak


CARA MEMBUATNYA 

  • Ikan dikerat kepada beberapa bahagian, atau ikut suka. Cuci bersih, kemudian perap dengan jus limau nipis, sedikit garam dan sesudu besar tepung gandum, gaul rata dan biarkan 15 minit. Cuci kembali hingga bersih, toskan dan lumur dengan serbuk kunyit* dan garam*. Panaskan minyak dan goreng hingga ikan masak, angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  • Masukkan bahan bahan kisar halus ke dalam periuk, tambah serai dan asam gelugor. Tuang air secukupnya, anggaran 3 cawan. Kacau rata dan masak hingga mendidih,  kacau rata 

  • Masukkan ikan, kacau perlahan, jika kurang kuah, boleh tambah sedikit lagi air panas. Masukkan pati santan, kacau sentiasa dan perasakan dengan garam secukupnya. Akhir sekali masukkan daun kunyit, biarkan mendidih dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas.

No comments:

Post a Comment