Sunday, 29 November 2020

RESEPI UDANG GALAH MASAK KARI

Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang diternak secara komersial. Udang galah mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Udang ini boleh ditemui di kawasan tropika dan subtropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Australia Utara. Ia adalah haiwan omnivor dan mempunyai kecenderungan untuk aktif pada waktu malam


BAHAN BAHAN

  • 400g udang galah
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1/2 inci halia - tumbuk
  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • 2 sudu besar serbuk kari (kari ikan/daging)
  • 1 sudu kecil serbuk cili / cili kisar (kalau nak pedas lagi, boleh la lebihkan)
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1-2 cawan air (kalau suka cair, boleh la tambahkan air lagi)
  • Garam & gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak dan tumis kan bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan serbuk kari, cili kisar, daun kari dan tambahkan sedikit air.
  3. Masak hingga naik bau dan naik minyak.
  4. Masukkan santan dan air. Dan juga udang anda.
  5. Sentiasa kacau kuah kari supaya tidak pecah minyak.
  6. Bila dah menggelegak, matikan api.

No comments:

Post a Comment